Quantcast
Channel: air asia – Faizal Fredley
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19

Pengalaman “Rare” Semasa Penerbangan Air Asia Dari Sandakan Ke KL

$
0
0

Pengalaman “Rare” Semasa Penerbangan Air Asia Dari Sandakan Ke KL. Sepanjang 6 tahun aku aktif travel inilah kali pertama aku dapat pengalaman yang rare ni. Memang susah nak dapat pengalaman ni kat dalam flight. Mulanya aku rasa bengang juga sebab annoying dan menganggu aku tidur. Tapi aku cuba positifkan diri dan bayangkan aku ditempat diorang. Fuhh terus jadi lawak. Korang boleh cuba trick ni ya.

Semalam aku ambil flight Air Asia dari Sandakan ke Kuala Lumpur. Flight jam 4.55 ptg tapi delay ke 5.30 ptg. Bertarikh 11 Mac 2018.

Seat aku hari tu adalah 31E. Which mean seat paling tak best. Since AA ni tak boleh pilih seat melainkan ko bayar so terpaksa terima Auto seat. 2 sebab aku tak suka seat 31E ni. Satu nya sebab di tengan2. Rasa rimas dan lagi satu di belakang. Bili seat di belakang ni korang akan rasa lebih bumping tau kalau flight langgar awan atau ada air turbulence.

Hari tu juga ada sekumpulan rombongan cik kiah, Terdiri dalam 15-20 orang macam tu. Dan rombongan tu betul-betul berada dalam lingkungan seat yang aku duduk tu. Mereka ni terdiri dari bapa-bapa dan mak-mak. Mungkin trip company kot.

So nak jadi kan cerita diorang punya meriah macam menyembang dalam bas weh. Riuh rendah. Aku yang tengah tengah tidur pakai earphone pun boleh dengar. Tu belum lagi diorang datangh menyendeng kat seat tu. Memang tak leh duk diam. Kadang-kadang rasa serabut gak. Nak jer tukar tempat lain.

Palin tak tahan bila aku terdengat perbualan mak cik pakcik tu sesama sendiri. Serius lawak weh. I should record lah part ni.

Antara perbualan yg sempat singgah kat telinga aku:

Makcik 1: Kapal terbang ni bergerak ker? Tengok kat luar macam tak gerak jer!

Pakcik 1: Dik (merujuk kepada steward) Tolong bagitau pilot aircond kat sini rosak lah. panas la…

Makcik 2: Pilot ni patut tukar orang lain sebab asyik langgar awan je. tak reti bawak kapal terbang ker? pening makcik!

Pakcik 2: Dik (merujuk kepada aku) adik buang air besar ke air kecil. Aku jawab air kecil. Then pakcik tu tanya lagi. Boleh ke buang air besar dalam tu? Hahaa

Pakcik 3: Dik (merujuk kepada steward) ada botol kosong tak. Pakcik nak kencing. 

Tu yang sempat aku dengar. Nak dengar lagi kang pecah perut aku tergelak. So aku ambil keputusan letak balik earphone dan pasang lagu kuat2. Satu lagi peristiwa masa penjualan merchandise air asia tu, Fuhh aku rasa macam berada dekat pasar filipina pulak. Riuh rendah weh.

Nasib baik aku terlebih positif hari tu sebab baru lepas rileklah diri di Borneo Natural Sukau Bilit Resort! So mood masih terkawal!

Satu lagi aku perasan stewardess yang buat announcement persis makcik bawang pun ada hari tu pun bukan main kasar gila. Biasanya kalau Air Asia stewardess bukan main lembut je suara…

The post Pengalaman “Rare” Semasa Penerbangan Air Asia Dari Sandakan Ke KL appeared first on Faizal Fredley.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 19

Latest Images

Trending Articles





Latest Images